Maaf kualiti sound tidak jelas..
Sabtu, 15 Mei 2010
Ahad, 9 Mei 2010
Lamanya ku Tinggalkan Blog Ini..
Sabtu, 27 Februari 2010
MTV Karaoke Francis Landong - Koupusanku
Francis.. minta permission siarkan Video Karaoke ko disini... TQ..
RSE blog:- Video Karaoke Francis Landong-koupusan ini saya copy dari www.youtube.com. kepada pengunjung yang meminati lagu ini sila dapatkan di pasaran yang sudah pastinya original. RSE blog tidak menyokong cetak rompak. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terkesan kegiatan mencetak rompak karya orang lain kepada pihak berkuasa....
Jumaat, 26 Februari 2010
Facebook punca masalah sosial kalangan remaja Indonesia
MAJLIS Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya tidak wajar.
Kritikan itu kerana Facebook kini menjadi medium penting di Indonesia, bahkan di seluruh dunia untuk orang ramai berkomunikasi di dunia maya. Sehingga rakan-rakan yang puluhan terpisah, dapat ditemui semula hanya melalui Facebook.
Selain menghubungkan silaturahim, Facebook juga menjadi alat komunikasi secara percuma tanpa mengira, jarak atau batas sempadan negara.
Namun perkembangan yang begitu cepat menyebabkan banyak pihak belum bersedia dengan kesan buruk yang muncul bersama teknologi terkini itu.
Facebook ibarat pisau yang mempunyai dua mata, selain memberi kemudahan, ia juga mempunyai keburukan jika tidak dapat dikawal, khususnya bagi golongan remaja dan murid-murid sekolah yang masih mentah serta dangkal fikirannya.
Memiliki akaun Facebook bagaikan suatu yang wajib di Indonesia dan sesiapa tidak mempunyai akaun Facebook dia akan dianggap telah ketinggalan zaman.
Di negara republik itu juga para pengendali telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pakej langganan dan telefon bimbit yang mempunyai kemampuan mengakses Facebook pada kadar yang cukup murah.
Kebanjiran telefon bimbit dari negara China dengan ciri-ciri akses Facebook menyebabkan kanak-kanak yang masih berada di sekolah rendah telah mampu memiliki telefon bimbit sedemikian.
Dengan berjimat duit belanja sekolah untuk beberapa bulan mereka telah dapat membeli sebuah telefon bimbit sedemikian.
Selain itu mereka juga dapat mengakses Facebook di kafe siber yang berselerak di seluruh Indonesia, khususnya di kota-kota utama.
Kini Facebook menjadi masalah baru kepada ibu bapa yang tidak mengikuti perkembangan teknologi itu. Anak-anak yang masih berada di bangku sekolah rendah menjadikan Facebook untuk berkenalan dengan teman yang baru.
Baru-baru ini seorang murid perempuan sekolah rendah di Jakarta hilang dari rumah kerana mengikut teman lelaki yang dikenali melalui Facebook.
Bagaimanapun selepas dua hari hilang, murid perempuan itu ditemui oleh orang ramai dan diserahkan kepada ibu bapanya setelah kisah kehilangan murid berkenaan dihebahkan oleh sebuah stesen televisyen.
Teman lelakinya baru berusia belasan tahun, ditangkap polis, namun akhirnya dia dibebaskan kerana ibu bapa gadis berkenaan menarik kembali laporan polis, setelah mendapati anaknya selamat dan tidak diapa-apakan.
Sebelum itu seorang gadis berusia 14 tahun diculik oleh teman lelaki yang baru dikenali melalui Facebook. Setelah berjaya dikesan polis, gadis itu diselamatkan dan teman lelakinya telah diberkas dan kini didakwa di mahkamah kerana menculik.
Empat orang pelajar sebuah sekolah menengah pula dibuang sekolah kerana menulis kata-kata kesat dan mengugut guru wanita mereka di dalam Facebook.
Sebelum itu seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah kerana menghina rakannya di dalam Facebook.
Setiausaha Agung Suruhanjaya Nasional Perlindungan Anak Indonesia, Arist Merdeka Sirait berkata, fenomena baru itu harus diawasi oleh ibu bapa kerana ia memberi kesan yang negatif kepada anak-anak jika tidak digunakan dengan betul.
Ibu bapa katanya, tidak seharusnya melarang anak-anak daripada memiliki akaun Facebook, sebaliknya mereka perlu sama memiliki akaun berkenaan dan menjadi kawan kepada Facebook anak mereka sebagai langkah pencegahan dan kawalan daripada pengaruh yang tidak baik.
Badan bukan kerajaan itu setakat ini telah menerima 36 aduan berhubung kes anak dan remaja yang menjadi mangsa kepada Facebook sejak Januari hingga Februari tahun ini.
Untuk penculikan anak, kami mencatat ada tujuh kasus yang dilaporkan," kata Arist.
Menurut Arist, laporan tersebut menunjukkan modus operandi perdagangan anak dan mangsa rogol berpunca daripada Facebook.
Namun aspek utama yang harus diberikan perhatian oleh ibu bapa adalah masa meluangkan masa untuk anak-anak.
Kebanyakan anak-anak yang terbabit dengan gejala sosial berpunca daripada sikap ibu bapa yang gagal meluangkan masa untuk anak-anak.
Anak-anak khususnya perempuan memerlukan perhatian, pujian, kasih sayang dan pengiktirafan. Jika itu tidak diperolehi di rumah mereka akan mencarinya di luar. Cara paling mudah adalah dengan mencari kenalan melalui Facebook.
Apabila anak-anak mula mencurah perasaan melalui Facebook dan tidak lagi kepada ibu atau bapanya, ia merupakan petanda bahawa akan timbul masalah.
(Petikan Berita diperolehi dari Akhbar UTUSAN 27 FEB 2010)
Apa kata RSE Blog : Facebook tidak dinafikan kebaikannya kerana mampu menghubungkan sesiapa sahaja di dunia ini terutama bagi mereka yang mempunyai akaun facebook. Saya juga mempunyai facebook dan mampu menyiarkan kata-kata, gambar, video dan apa saja yang difikirkan perlu. Dengan penggunaan yang mudah maka sesiapa pun boleh memiliki dan berhubungan dengan orang yang dikenali dan tidak dikenali melalui laman sosial ini dengan mudah dan pantas. Namun tidak dinafikan keburukan tentangnya. Antara contohnya, remaja mahupun pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dan jatuh cinta melalui laman ini. Ada diantara mereka terjebak dalam gejala sosial dan terlibat dalam jenayah. Ada pelajar perempuan dirogol melalui kenalan yang baru dikenali melalui FB. selain daripada itu si isteri yang tidak bekerja dan duduk di rumah jatuh cinta dengan lelaki lain melalui laman ini sementara suaminya keluar bekerja. Si isteri yang telah jatuh cinta dengan lelaki lain itu mula menunjukkan sikap dingin dengan sumai semenatra telah beberapa kali keluar secara sulit dengan lelaki tersebut tanpa pengetahuan si suami.... Alahaiiii Facebook... kau datang setitik nikmat namun membawa segunung kejahatan... saya tidak salahkan kau (facebook) kerana memang manusia telah menyalahgunakan kehadiranmu...
Air Mata Seorang Lelaki
Pada zaman kanak-kanak apabila budak lelaki menangis orang dewasa akan berkata, "Hei, budak laki tak boleh menangis, malunya!" Kerana malu budak lelaki akan segera mengesat mata dan berhenti menangis. Pada hari lain budak lelaki akan menangis lagi dan ditegur lagi. Teguran yang berulang kali menyebabkan budak lelaki malu menangis di depan orang. Oleh itu, dia sembunyi-sembunyi apabila hendak menangis.
Siapa kata Superman tidak pernah menangis...? Superman juga menangis..ini pula kita manusia biasa.. Walaupun Superman teruk kena blasah dengan penjahat tetapi di mampu menguatkan diri dan tidak akan menangis walaupun badan terluka dan lebam-lebam... Tetapi hatinya akan punah dan hancur berderai apabila perempuan yang dipanggil (kekasih/GF) yang dicintainya meninggalkannya dan mencintai orang lain... So, walau tinggi mana pun ego lelaki tetap akan kalah dengan perempuan.
Lelaki dapat menahan sakit luka tetapi tidak mampu menahan sakit cinta. Lelaki menangis apabila dikecewakan oleh orang tersayang. Air mata lelaki juga membasahi pipi apabila cinta yang dicitakan terputus di pertengahan jalan. Namun lelaki bijak menyembunyikan kesedihan. Dia menangis, meraung, menjerit dan sedu-sedan ketika berseorangan. Sakit akibat cinta yang ditanggung lelaki sama sakitnya dengan yang ditanggung perempuan. Buktinya dapat kita lihat ramai lelaki membunuh diri kerana cinta kecundang. Jambatan Pulau Pinang adalah saksi setia bahawa lelaki begitu longlai dan rela memetik nyawa sendiri kerana cinta terhalang.
Khamis, 25 Februari 2010
SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010
SEREMBAN, 26 FEB 2010 jam 0730-1200hrs: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengetuai lebih 9,000 peserta perarakan Maulidul Rasul peringkat negeri di padang Majlis Perbandaran Seremban di sini pagi ini. Sebanyak 62 kontinjen daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan mengelilingi bandar ini sambil membawa sepanduk dan berselawat.
Terdahulu, Tuanku Muhriz dalam titahnya menyeru umat Islam di negeri ini supaya berazam menjadi anggota masyarakat yang beriman, berilmu dan berkemahiran serta taat menyempurnakan ajaran Islam dan juga sunah Rasulullah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula mengingatkan umat Islam supaya memainkan peranan yang membina dan mengekalkan keimanan serta nilai kerohanian dan persaudaraan sejati agar dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan ummah