Isnin, 6 Oktober 2008

KEMUNCULAN ALBUM SULUNG RUGADING SOUND VOL .1


Kampung Rugading Tanaki yang jauhnya lebih kurang 5 Kilometer daripada Pekan Tambunan bakal diserikan dengan kemunculan Album sulung mereka hasil kompilasi daripada 5 orang penyanyi yang semuanya berasal dari Kg. Rugading itu sendiri.

Album Rugading Sound Vol 1 (RSVol.1) dijangka akan berada di pasaran lewat bulan November 2008 ini. Album ini memuatkan 12 buah lagu yang kebanyakkannya berirama sumazau, slow rock serta joget. Usaha untuk proses pembikinan album ini bukannya mudah yang disangkakan. Namun usaha yang gigih daripada semua pihak yang terlibat akhirnya kami berjaya juga untuk melahirkan album ini.

Diantara penyanyi yang terlibat dalam rakaman album RSVol.1 ini adalah terdiri daripada :-

1. JULIUS KASSUN - Julius Kassun merupakan penyanyi veteren seangkatan dengan mendiang JOHN GAISAH, AMBROSE MUDI, JUSTIN LUSAH, dan ramai lagi. Beliau akan menyumbangkan 2 buah lagu.

2. MATHIUS KASSUN - Merupakan adik kepada JULIUS KASSUN. Beliau juga pernah melahirkan sebuah album pada tahun 1998 yang bertajuk "Okuro Kuro Khabar".

3. DOMINIK KASSUN - Merupakan penyanyi baru. Adik kepada JULIUS dan MATHIUS. Minat dalam pengubahan lagu. Beliau menyumbangkan 2 buah lagu dalam album ini.

4. ABEL JULIUS - Merupakan penyanyi baru namun beliau amat dikenali di Kg. Rugading dan Tanaki sebagai penghibur yang boleh meriuhkan suasana majlis. Beliau akan menyumbangkan 3 buah lagu.

5. RAYMOND R. GONTIT- Juga merupakan penyanyi baru. Tujuan untuk menceburi bidang ini adalah semata-mata untuk memberi semangat kepada kawan-kawan yang lain untuk meneruskan impian yang belum terlaksana. Beliau akan menyampaikan 3 buah lagu dalam album ini. Nantikan lagu "Waro Poh Tupusnu" yang bakal hits tidak lama lagi.


Borosku:- Nantikan berita dari masa ke semasa tentang kemundulan album ini....








1 ulasan: