Sabtu, 20 Februari 2010

KEMUNCULAN TELEMOVIE SIGKAW 2


COVER VCD SIGKAW 2....

Sebuah lagi Telemovie dalam bahasa Dusun SIGKAW 2 bakal menemui peminat pada awal tahun 2010 ini... SIGKAW 2 merupakan kesinambungan daripada cerita SINGKAW 1 hasil karya dan arahan oleh MICHAEL MUNJANA.
Ketika penulis menemui Pengarah dan pelakon SIGKAW iaitu En. MICHAEL MUNJANA dan MATHIUS KASSUN pada awal bulan JAN 2010 di sebuah kedai kupi bersebelahan Studio BAMBOO SOUND STUDIO (BSS) di Tambunan beliau menyatakan proses editing filem tersebut sedang rancak dilakukan di Studio SVS (Symphony Victory Sdn Bhd) dan apa yang menarik ialah filem tersebut disunting sendiri oleh FRANCIS LANDONG and the geng...
Beliau juga ketika ditemui, menyatakan tidak sabar-sabar melihat reaksi serta sambutan dari orang ramai mengenai SIGKAW 2 yang juga merupakan filem yang ke-4 hasil karya serta arahannya sendiri. Reaksi dari orang ramai kelak bakal dijadikan rujukan serta kekuatan untuknya menghasilkan karya yang lebih berkualiti serta mempelbagaikan pembaharuan dalam filem-filem akan datang.

Selain daripada itu, untuk tahun 2010 ini beliau berhasrat untuk menghasilkan cerita-cerita pendek yang mempunyai tempoh tayangan 15 minit setiap cerita dan akan dimuatkan di dalam satu kumpulan Telemovie di dalam satu VCD/DVD. Bagi mereka yang berhasrat/berminat untuk menghasilkan telemovie pendek dan inginkan supaya cerita tersebut dimuatkan di dalam 'tinimungan telemovie" maka bolehlah menghubungi/menemui MICHAEL MUNJANA sendiri. Mereka yang berminat sangat-sangat dialukan bagi memeriahkan lagi industri perfileman khususnya Negeri Di Bawah Bayu ini.


Penulis bersama MICHAEL MUNJANA - Pengarah Telemovie SIGKAW (kanan) dan MATHIUS KASSUN - Pelakon Telemovie SIGKAW 1 dan SIGKAW 2.

Tiada ulasan: