Haii..Kita bertemu kembali. Namun kali ini bukan berkaitan dengan Muzik.. Kita lupakan pasal muzik buat seketika waktu...Zoooommm.. kita lawat dulu apa yang berlaku di Kampung Rugading pada bulan Disember 2008 tahun lepas. Ini sebahagian kenangan abadi yang amat perit namun menyeronokkan yang pernah saya lalui bersama kawan-kawan sekampung...

Inilah yang saya maksudkan... Ini diantara sebahagian teknik mencuri kerbau atau lembu (SAPI).. Namun jangan salah anggap.. ini bukan untuk dicuri tetapi untuk dibuat pusas sempena Majlis perkahwinan abang saya pada 31 DIS 2008 (Selamat Pengantin Baru kepada BERT &PAME) dan juga sambutan CHRISTMAS 08...

Sebenarnya lokasi kami ini adalah di Pusat Ternakan Lembu di Kg. Tuad, Bundu, Apin-Apin. Milik En. Doyon. Sebanyak lebih kurang 60 hingga 70 ekor lembu dalam ladang tersebut.. (Tapi jangan pakai baju warna merah pi sana, pandai juga lembu-lembu tu mengajar..Hehe).. Dan kepada sesiapa yang ingin membeli lembu untuk tujuan kenduri perkahwinan atau suka-suka ja untuk buat pusas bolehlah datang ke Kg. Tuad Bundu kerana banyak lagi sapi-sapi sana yang bekeliaran untuk dijual...


Kami time ni di Sungai APIN-APIN.. Cantik tu sungai kan.. kira time tu air jernih dan nampak ikan kecil-kecil (Turongou).. Nah.. Cuba tengok tu gambar lembu tu...Hilang sudah tu bulu kana "bulelim" maknanya kana tunu (bakar) pakai gas... selepas semua proses pembuangan isi perut lembu tersebut maka kami terus bertolak balik ke Kg. Rugading Tanaki Tambunan untuk proses seterusnya iatu 'monotok' daging untuk majlis perkahwinan pada keesokan harinya...Manakala gambar yang satu lagi ialah kawan-kawan sekampung yang setia tulung apa saja yang mau buat di kampung.. kalau tiada ni muda mudi nga susah juga kalau ada yang kita minta mau tolong. contohnya mau suruh diurang pi ambil sisiop dan daun tarap untuk buat siopon.. hahaha Sporting bah diurang ni.... Kalau saya balik kampung diurang sahajalah harapan saya untuk apa sahaja yang saya minta tolong.. Selain daripada itu mereka juga merupakan pelakon-pelakon yang berbakat dalam Telemovie GAMPALAS yang bakal diterbitkan dalam masa terdekat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan