Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU KE-38

Umpama Lilin... rela mendidik anak bangsa
tanpa mengenal erti jemu. Walau hujan, panas malah ribut sekalipun
engkau tetap cekal memikul tanggungjawab demi
anak-anak bangsa. (Sekadar gambar hiasan)
Untuk mencari ilmu dan menjadi seorang
yang berguna terpaksa melalui banyak cabaran,
keperitan dan dugaan...(Sekadar gambar hiasan)
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang raja menaiki tahta, Jika hari ini seorang presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca."

- Usman Awang.

Rasanya sudah hampir 10 tahun aku meninggalkan zaman persekolahanku. Masih terasa dalam memori sanubariku ketika aku belari-lari main kejar-kejar dan seterusnya bergaduh dengan rakan sekelasku di kawasan sekolah. Begitu juga bila terkenang ketika aku didenda oleh cikgu dan disuruh berdiri di atas bangku, malah kadang kala berdiri di luar kelas ketika cikgu mengajar. Malah dirotan juga. Itu cuma sebahagian daripada imbasan memoriku di zaman persekolahan dahulu.

Bila terkenang zaman persekolahan, mesti teringat muka-muka cikgu yang pernah mengajar. Ada yang bengis, serius, ada yang sentiasa senyum dan ada pula cikgu yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Itu semua cuma merupakan perwatakan luaran muka mereka namun dalam hati mereka sebenarnya baik dan penyayang. Rasanya tidak perlulah saya mengulas serta menceritakan perwatakan serta baikburuk mereka dengan panjang lebar. Cukup sekadar mengimbas kembali jasa-jasa mereka terhadap saya sehingga saya berjaya di tahap seperti sekarang ini. Kalau hendak dibalas jasa-jasa mereka yang pernah dicurahkan kepada saya... saya pun tidak tahu hendak dibalas dengan apa...?Adakah diberi hadiah berbentuk barangan? Adakah dengan wang ringgit? Jasa tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Saya hanya mampu mendoakan mereka agar sentiasa mendapat keberkatan daripada Tuhan Yang Maha Kuasa.. Cekal menghadapi segala dugaan / cabaran serta diberi keselamatan dan kesihatan yang baik... Saya hanya mampu mengucapkan Terima Kasih Cikgu...

Tiada ulasan: