Sudah lama rasanya saya berada di negeri orang.. Orang kata, pergi merantau.. "Mogihum Nasip.." Rasanya bukan saya seorang sahaja orang Sabah ada di sini.. mereka juga seperti saya... bekerja di sini.. tapi mungkin ada juga orang BORNEO yang saja-saja datang sini... Urang cakap pigi melancung.... atau pendekkan cerita mau rasa naik kapal... (hehe mikirayou.. tidak apa bah kayo kan.. ada duit semua jadi..).
Tik..Tok..Tikk.. Tookkk... bla..blaa... haha..haha... waaa...waaa... Rupanya sudah sampai di penghujung tahun 2008.. sangat pantas masa berlalu. Apa yang dilalui awal tahun ini sehingga saat ini rupanya hanya sekelip mata sahaja.(songkirop noh..). Jika diimbas kembali apa yang telah dilakukan sepanjang tahun ini rupanya tidak banyak berubah... (Syukur dan Terima kasih Tuhan atas penjagaan-Mu sepanjang tahun ini.. Saya sihat-sihat sahaja... Tidak pernah sakit.. Tiada tekanan hidup... Begitu juga dengan keluargaku.. Terima kasih Yesus...Engkaulah pelindungku... Thanks GOD..)..
Pagi tadi saya bangun dari tidur seperti biasa.. Saya terpinga-pinga.. rupanya banyak kerja yang masih tertangguh. mau sahaja saya datang ke pejabat tanpa buang taik mata untuk selesaikan semua kerja-kerja yang belum disiapkan sebelum balik kampung 15 Dis 08 ni... Mujurlah masih ada 2 hari lagi. Dalam hati saya berkata, ahh.. siap juga tu nanti...
Di dalam kamar mandi.. ketika saya asyik memandang mukaku sendiri di cermin.. rasanya macam ada sesuatu yang amat bermakna. Ohhh... Rupanya 2 hari lagi saya kena balik sabah.. macam mimpi...tiada persediaan... tiada apa-apa yang perlu dibeli untuk dibawa balik kampung... beli sepasang baju baru saja cukup... hehe.. ini bukan baru sekali melalui perasaan seperti ini.. sudah 6 tahun meninggalkan kampung.. mujurlah dapat balik cuti 20 hari dalam setahun.. Rindu sangat bila terkenangkan suasana harmoni dan aramai di kampung... maklumlah sajalah "nokoring noh solunsug tatalanan..hehe"
Tapi apa yang paling penting bulan 12 ni ialah.. Kita sama-sama menyambut Hari Krismas.. Kita akan pergi ke Gereja sama-sama untuk memuji Allah serta menyambut kelahiran Putera Allah iaitu Yesus Kristus.. Semoga Krismas tahun 2008 ini akan memberi kita berkat dan kekuatan dalam diri untuk dijadikan kayu tongkat bagi kita mengharungi badai kehidupan sepanjang tahun 2009 nanti...
Dan dalam kesempatan ini... Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS dan TAHUN BARU 2009 kepada semua pengujung Blog RSE ini serta kepada keluarga saya dan sahabat-sahabat yang mengenali diri saya. Kepada teman-teman, sahabat-sahabat, keluarga yang berada di kampung Rugading Tanaki, Tambunan "Kopiruba Tokou hilo id kampung...." Mantad doho - RayRG (RSE)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan