Salam sejahtera... Apa khabar 2009..? Apa khbr tambalut-tambalut ku toinsanan...? ehemm.. rasanya belum terlambat lagi bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua. Bukannya apa, agak sibuk sikit.. maklumlah banyak kerja tertangguh belum disiapkan selepas kembali bertugas.
Apa azam baru kamu? atau Nu iman-imanonnu toun wagu ti..? itu salah satu soalan yang telah biasa kita dengar.. Apa-apa pun semua harapan kita untuk tahun 2009 ini ada dalam hati kita masing-masing dan terpulang bagi kita untuk merealisasikannya.. Bukan kah begitu..?
Setibanya saya di kampung pada 15 Dis 08 lebih kurang pukul 1830hrs, terasa suasana kampung masih seperti dulu.. kelihatan anak-anak kecil belari-lari, ada yang main hantu-hantu, ada juga yang main sembunyi-sembunyi dan kelihatan juga yang bergaduh dan menanggis.. sama seperti suasana apa yang berlaku zaman kecil saya dulu... Tapi apa yang menyedihkan remaja yang meningkat usia yang sepatutnya sudahpun berada di tingkatan 4 atau 5 ada diantara mereka tidak lagi bersekolah.. ingin kerja sendiri... sanggup berjemur dipanah matahari.. Orang tuanya kata, lebih baik dia kerja daripada langsung malas ke sekolah dan tidak mahu belajar.. jangan ambil DADAH sudah..
Hujung tahun hari tu juga.. saya agak sibuk bersama dengan keluarga serta kawan-kawan sekampung untuk membuat persediaan majlis perkahwinan abang saya yang telah selamat dilangsungkan pada 31 DIS 2008 (27 Dis 08 majlis tunang di rumah perempuan di Kg, Tuad, Bundu Apin-Apin) ... Memang meletihkan namun amat menyeronokkan.. Barulah saya tahu, bukan senang untuk kahwin.. boleh garu kepala.. Barang-barang sekarang bukan murah.. tiada harga ringgit-ringgit.. semua puluh, ratus dan ribu.... mana mau cari..? Tapi apa yang penting saya telah banyak belajar daripada majlis tersebut dan mampu membuat persediaan awal bila saya berkahwin nanti... heheh
Selepas 1 Jan 2009.. saya bersama artis RSVol.1 telah menjalani penggambaran untuk video klip karaoke kami.. Syukur kepada Tuhan kerana semua berjalan dengan lancar.. Video klip tersebut masih dalam proses editing dan bakal disiapkan sebelum hujung tahun ini. Proses penjualan album RSvol.1 juga nampaknya berjalan lancar dengan permintaan yang memberangsangkan daripada peminat lagu-lagu dusun... Walau bagimanapun rata-rata peminat lagu-lagu kadus lebih berminat membeli album MTV karaoke daripada CD Audio...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan