Jumaat, 24 April 2009

KENANGAN BERSAMA ARTIS PERTISA

ALBUM KENANGAN.. Gambar ini dirakam ketika menghadiri Mesyuarat Persatuan Artis Sabah (PERTISA ) yang diadakan di Hongkod Koisaan (KDCA) pada awal bulan 8 tahun 2002. Pada masa itu saya pergi bersama Frances Landong dan Poyee dengan menaiki kereta Double cabin si Frances Landong. Pada masa itu juga, saya belum faham tujuan saya menghadiri mesyuarat tersebut.. Just suka-suka ikut ja... Tapi setelah menghadiri Mesyaurat tersebut maka barulah saya faham bahawa artis-artis Sabah ini perlu pembelaan dari segi kebajikan dan sokongan daripada pihak kerajaan khususnya dari kementerian Kebudayaan dan Kesenian. Dengan penubuhan PERTISA maka adalah juga tempat mengadu serta tempat berbincang di kalangan artis-artis Sabah tentang masa hadapan mereka.
Bersama pelukis Langkawit / Kalabatu - En. David Buku Suning. Beliau juga hadir pada Mesyuarat tersebut. Kalau saya inda silap mesyuarat yang diadakan ini merupakan kali kedua semenjak PERTISA ditubuhkan. Time tu pun pemilihan AJK baru dilantik.. Salah satu luahan kekecewaan yang diutarakan oleh pelukis terkenal kadazandusun ini yang masih saya ingat ialah... Kemana hala tuju pelukis-pelukis Sabah?. Dimanakah mereka di dalam PERTISA? Adakah PERTISA hanya untuk artis di dalam bidang nyanyian dan lakonan sahaja? Siapakah yang akan menjaga kebajikan serta sokongan kepada mereka..? Fikir-fikir kan lah....

Tiada ulasan: