MEMPERSONA... Keindahan sang mentari terbit di waktu pagi.SUNGAI TRIP.. yang letaknya lebih kurang 8 Kilometer (Jalan Seremban/Jelebu) daripada Bandar Seremban, merupakan sumber utama bekalan air ( ampangan/Loji air) untuk kegunaan seluruh rakyat di NEGERI SEMBILAN. Keluasannya lebih kurang 50 Kilometer persegi. Selain daripada sumber air bagi negeri yang terkenal dengan adat istiadat itu (Temenggung/Pepatih), terdapat juga aktiviti memancing bagi kaki pancing di kawasan tersebut. Terdapat beberapa jenis ikan yang menjadi buruan kaki-kaki pancing di Sungai tersebut seperti ikan Jelawat, Tongsan, Baung, Patin, Talapia Merah, Ikan Keli, Ikan Pacu, Ikan Rohu dan banyak lagi.
Pada 01 MEI 2009 bersempena cuti umum Hari Pekerja, saya bersama 2 orang kawan telah berpakat untuk pergi memancing bagi menghilangkan stress kerja. Maklumlah cuti selama 3 hari (jumaat, sabtu dan ahad). Maka peluang seperti inilah yang dinanti-nanti.
TEMPAT BERTEDUH.. inilah khemah yang dijadikan tempat berteduh bila hujan turun. Tiada masa untuk tidur kerana leka dengan pancing masing-masing.
TEMPAT BERTEDUH.. inilah khemah yang dijadikan tempat berteduh bila hujan turun. Tiada masa untuk tidur kerana leka dengan pancing masing-masing.
SUDAH BERSEDIA... menaiki bot untuk memasang jerat ikan yang dipanggil rawai yang selalunya dipasang di kawasan teluk dimana dipercayai ikan berkumpul di sana kerana air yang tenang.
BESAR... Seekor Ikan Jelawat yang terkena pancing. Beratnya lebih kurang 3 Kilogram.
TUAH PANCING... Ikan Belida dan Jelawat. Ikan Belida tu beratnya 2 Kilogram
JADI KORBAN... Ikan Jelawat ini dijadikan pusas pada malam itu. Memancing selama 2 hari 1 malam memberi kepuasan serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan