Sabtu, 26 September 2009

1MF1T satu Impian dan Kenyataan

Bergaya...Model Jentera 1MF1T yang dilancarkan baru-baru ini..
PM Melancarkan model kereta 1MF1T milik Malaysia.

1MALAYSIA Formula1 Team atau singkatannya 1MF1T bakal akan menjadi kenyataan apabila mula beraksi dan menderum dalam mana-mana perlumbaan dimusim tahun 2010 dalam masa terdekat ini.
Dahulunya kita hanya menonton siaran langsung melalui siaran TV ataupun di media-media cetak/elektronik dan kepada mereka yang meminati sukan permotoran ini sudah pastinya mengenali beberapa pelumba luar negara yang hebat-hebat belaka seperti Michael schumacher (FERRARI), Rubens Barrichello (BRAZIL), Riccardo Patrese (ITALI), Fernando Alonso (RENAULT), Felipe Massa (FERRARI) dan ramai lagi. Kini Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menjadikan sukan F1 sebagai sukan nombor satu di negara ini apabila telah pun mempunyai Litar Sepang untuk perlumbaan F1 yang tercanggih di rantau ini dan juga memiliki Team F1 untuk bersaing pada F1 musim Tahun 2010.
Terdahulu Dato' Seri Najib Tun RAZAK - PM Malaysia telah melantik sendiri Datuk Seri Tony Fernandes untuk menjadi "BOS" serta menerajui 1MF1T untuk penampilan sulung kalinya pada musim 2010. Atas tanggungjawab itu Fernandes kini berada di Litar Marina Bay menghadiri perlumbaan Grand Prix (GP) Singapura untuk mencari pemandu yang bakal ‘dicuri’ untuk mengemudi jentera pasukan 1MF1T.

Apa yang pastinya ialah pemandu Malaysia seperti Fairuz Fauzy - pemandu GP 2, Jazeman Jaafar - juara Formula BMW dan Pelumba A1 Malaysia - Alex Yong tidak akan dipilih untuk menjadi pemandu pertama yang bakal mengemudi kereta 1MF1T Malaysia musiam tahun 2010.
Buat masa ini cakap-cakap kedengaran pemandu seperti Kimi Raikkonen dari pasukan (FERRARI) dan bekas juara dunia, Fernando Alonso dari pasukan Renault - pemenang GP Singapura tahun lepas adalah antara nama yang disebut-sebut. Desas desus itu mungkin ada benarnya kerana pasukan 1MF1T tidak mahu jauh ketinggalan kebelakang daripada Team-team yang lain.
Oleh yang demikian sokongan yang positif daripada segenap laipsan masyarakat Malaysia untuk Team F1 Malaysia perlu dilipat gandakan kerana Team F1 Malaysia bukan hanya untuk orang persorangan sahaja tetapi untuk maruah rakyat Malaysia di mata dunia.
Fakta:-
Kereta yang digunakan oleh pasukan 1MF1T menggunakan enjin Cosworth kini sedang dibangunkan di Norfolk, United Kingdom dan akan bersedia untuk diuji pada minggu kedua Februari 2010 serta akan dibawa pulang untuk ujian di Litar Sepang. (Rujukan UTUSAN).

Tiada ulasan: