Selasa, 29 September 2009

Filem BRUNO diharamkan di Malaysia

TELANJANG BULAT.. pelakon utama filem BRUNO - Sacha BARON COHEN

BERANI... aksi melampau pelakon filem BRUNO semasa mempromosikan filem berkenaan.

Filem Bruno, terbitan Universal Picture Production tidak akan ditayangkan dan diharamkan di Malaysia kerana mengandungi unsur-unsur kelucahan serta terdapatnya adegan yang tidak sesuai ditonton kerana bertentanggan dengan etika budaya dan amalan hidup masyarakat di negara ini. Pengharaman serta penayangan filem ini telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) setelah penelitian dan semakan dibuat oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).
LPF ketika mengulas tindakan pengharaman filem tersebut, mendapati filem yang bertemakan "GAY" yang dibintangi oleh Sacha COHEN BOREN mengandungi adegan kelucahan yang melampau, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot penggunaan peralatan seks.
Terdapat juga penentangan filem tersebut terhadap agama kristian kerana jelas "menyentuh sensitiviti kepercayaan dengan mempersendakan agama Kristian,"
Pengedar filem Bruno, Golden Screen Cinemas telah dimaklumkan berhubung keputusan pengharaman itu melalui sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lepas dan pengedar juga dimaklumkan tentang asas-asas pengharaman berserta laporan penapis filem untuk filem berkenaan.
(sumber akhbar tempatan).

Tiada ulasan: