Sabtu, 3 Oktober 2009

Penamaan Calon PRK Bagan Pinang PANAS walaupun Hujan Lebat

SIAPA MENANG!!!??... Kedua-dua calon bersalaman selepas selesai penamaan calon
(Zulkefly Mohamad Omar - Calon PAS dan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad - Calon BN )
(pic The Star)

PORT DICKSON (03 OKT 09/0800-1200hrs) : Suasana hari Penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN N.31 BAGAN PINANG tiba-tiba menjadi "PANAS" walaupun dari awal paginya hujan turun dengan lebatnya membasahi para penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) namun masing-masing tidak berganjak malah terus melaung-laungkan sorakan serta sokongan kepada calon masing-masing.
SABAR BANG..... Pihak Polis cuba mententeramkan penyokong BN bagi mengelak mereka bertindak balas kepada penyokong PAS. (pic The Star)
Kehadiran l/kurang 10,000 penyokong daripada kedua-dua parti bertanding telah memaksa pihak keselamatan terpaksa berkerja keras untuk mengawal keadaan apabila berlaku beberapa insiden baling membaling botol air serta masing-masing mengeluarkan kata-kata (laungan) mencerca serta saling kutuk mengutuk antara satu dengan yang lain. Tindakan pantas serta sikap profesional yang ditunjukkan oleh pihak keselamatan (Polis) harus diberi pujian kerana telah berjaya mengawal situasi "Panas" bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku di sepanjang penamaan calon berlangsung.
SESAK... Ribuan penyokong PAS yang hadir walau dalam suasana hujan lebat.
Sehingga tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 1000 pagi, hanya dua calon sahaja yang telah mengemukakan pencalonan bagi bertanding merebut kerusi N.31 Bagan Pinang.
Pengumuman calon yang bertanding telah diumumkan oleh Abdul Wahab Shamsuddin - Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil l/kurang pukul 1100 pagi dimana Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (60) dan Zulkefly Mohamad Omar (45) masing-masing dari parti BN dan PAS sebagai calon yang akan bertanding.

Sementara itu calon bebas Shahruddin gagal berbuat demikian selepas borang pencalonannya ditolak ekoran gagal mengemukakan penyokong dari kalangan pengundi berdaftar di kawasan ini.
Info pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang
  • Tarikh penamaan calon : 3 Oktober 2009 (Sabtu)
  • Tarikh pengundian :11 Oktober 2009 (Ahad)
  • Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
  • Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik mesyuarat pejabat daerah Port Dickson.
  • Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009
  • Jumlah pemilih berdaftar : 13,664 orang
  • Jumlah pemilih biasa : 9060 orang
  • Jumlah pemilih pos : 4604 orang
  • Jumlah pusat mengundi : 8 pusat melibatkan 8 sekolah
  • Jumlah saluran mengundi : 18 saluran
  • Pegawai Pengurus : Abdul Wahab Shamsuddin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson
  • Jumlah petugas SPR : 275 orang
MERIAH... Beginilah keadaan/suasana penamaan calon di sebelah penyokong BN yang dihiasi dengan warna biru putih. (berita RayRG/pic TStar)

Tiada ulasan: