Isnin, 18 Januari 2010

AIR TERJUN MAHUA DAYA PENARIK TAMBUNAN



Mempersonakan... beginilah pemandanagn menarik air terjun MAHUA

sarang spider...





Suasana damai dan tenang ketika melalui trek menuju ke lokasi Air Terjun Mahua yang jauhnya lebih kurang 500 Meter daripada pejabat penerangan pelancongan itu membuatkan hati saya tertawan bila mana terdengar percikan air sungai mengalir jernih disusuli dengan irama tak putus-putus dari kicawan burung-burung yang berselindung di sebalik daun-daun rimbun.
Kehadiran saya ke Air terjun ini hanyalah kebetulan sahaja apabila seorang kawan dari Kota Kinabalu telah datang ke TAMBUNAN dan peluang inilah telah kami gunakan untuk melawat tempat-tempat menarik di kawasan TAMBUNAN termasuk Tugu Peringatan MAT SALLEH di Kg. Tibabar, TAMBUNAN.
Sepanjang perjalanan saya ke Air Terjun tersebut, saya tidak henti-henti memuji Tuhan Yang Maha Esa atas keindahan alam yang telah diberikan kepada masyarakat di daerah Tambunan.
Setibanya saya di lokasi Air Terjun tersebut saya bersama beberapa orang rakan yang lain terpegun melihat Air Terjun yang setinggi 17 Meter itu mengalir deras jatuh ke bawah.. Kawasan di sekitar Air Terjun juga telah dibangunkan serta kemudahan awam turut disediakan bagi kemudahan kepada pengunjung untuk bersantai di sana. Bagi mereka yang masih belum melawat Air Terjun ini maka saya sarankan agar bawa keluarga dan anak-anak melawat kawasan tersebut dengan mengambil gambar kenangan abadi sekeluarga.

Tiada ulasan: