Selasa, 12 Januari 2010

BERCUTI....BALIK KAMPUNG


Belum terlambat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2010.. Sudah pastinya permulaan tahun baru ini agak mencabar bagi kita semua...itulah kehidupan. Jutaan kemaafan kepada semua pengunjung RSE Blog kerana hujung tahun lepas (Desember 2009) banyak sangat kerja yang hendak disiapkan sebelum balik Sabah. Sehinggakan blog ini terabai tanpa coretan. Agak lama rasanya saya menyepi dan tidak menulis dalam blog ini. Walaupun rindu dan banyak untuk dikongsikan kepada pengunjung namun disebabkan beberapa masalah teknikal serta sibuk dengan tugas harian sehinggakan masa balik Sabah hari tu pun agak kelam kabut sedikit.
Pada 15 Disember 2009 - Jam 1230 tengah hari. Coretan perjalanan saya Bercuti balik SABAH. Flight daripada KLIA ke KOTA KINABALU. Dalam jadual penerbangan sepatutnya akan mendarat lebih kurang jam 1500hrs. Cuaca pada hari itu cerah tanpa menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Walau bagaimanapun setibanya kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu cuaca tiba-tiba mendung dan hujan telah turun dengan lebatnya sehinggakan landasan kapal terbang di KKIA telah ditengelami air serta tidak membolehkan pesawat untuk mendarat. Pada masa yang sama ketua Juruterbang telah membuat pengumuman bahawa pesawat tidak boleh mendarat di KKIA buat masa itu. Juruterbang telah membuat keputusan untuk mendarat di lapangan Terbang LABUAN. Semua yang ada di dalam pasawat panik walau bagaimanapun dapat ditenangkan oleh anak-anak kapal.
Memandangkan hujan masih turun dengan lebatnya di KKIA. Kami terpaksa berada di Lapangan Terbang LABUAN hampir 2 jam dan telah dibenarkan mendarat di KKIA lebih kurang jam 1700hrs berikutnya. Inilah pengalaman yang pertama kali saya lalui sepanjang menggunakna perkhidmatan Malaysia Airlines SDN BHD. Program pada petang itu semuanya tidak menjadi menyebabkan saya mengambil keputusan menyewa kereta Kancil untuk balik ke TAMBUNAN memandangkan ketiadaan Bas untuk balik ke TAMBUNAN pada malam itu.
Saya selesai menjalankan cuti di SABAH pada 10 JAN 2010 dan seterusnya balik semula ke SEMENANJUNG untuk melaksanakan tugas yang tidak akan selesai-selesai...
Menarik... beginilah bentuk muka bumi Pulau LABUAN dilihat dari pesawat.

Tiada ulasan: