Ahad, 14 Februari 2010

Hantu JENGLOT

Semalam saya telah berjumpa dengan seorang kawan w/negara Indonesia. Ketika kami sedang rancak bercerita sambil minum kopi 'o' di sebuah warung di hadapan Terminal one Seremban tiba-tiba dia menunjukkan satu rakaman video yang pelik dan menyeramkan melalui telefon bimbitnya. Beliau menyatakan dalam rakaman tersebut dipanggil Hantu JENGLOT. Mengikut ceritanya, JENGLOT ini ditemui di sebuah desa di INDONESIA (lupa pulak nama tempat tu). Menurut ceritanya lagi seorang wanita yang bekerja sebagai pelacur telah melahirkan JENGLOT tersebut. Bayi yang dilahirkan itu berkepala manusia dan berbadan ular. Katanya lagi, sepanjang hidup JENGLOT ini, ia cuma meraung dan menangis setiap hari sehinggalah mati pada tahun 2008.

Walaupun cerita ini agak sukar dipercayai kewujudannya, namun di sebalik cerita ini adanya manfaat yang boleh dijadikan tauladan kepada kita semua bahawa setiap perbuatan dosa adanya pembalasan. Oleh yang demikian bagi kita yang masih hidup ini, beringat-ingatlah.

Tiada ulasan: