Ahad, 14 Februari 2010

HEBATNYA PUKULAN HARI KEKASIH



Bunyi asmara ganggu warga New York

NEW YORK: Lebih dua pertiga penduduk di bandaraya ini sering mendengar suara dan bunyi jiran mereka melakukan hubungan seks, namun hanya sejumlah kecil berani membuat aduan, kata kajian, semalam.

Laman web berita dan maklumat untuk pemilik rumah, BrickUnderground.com yang membuat tinjauan pendapat ke atas 400 penduduk di New York mendapati dua pertiga daripada mereka mengaku ‘sakit telinga’ ketika mendengar suara jiran melakukan hubungan seks.

Hasil kajian itu menunjukkan bunyi yang paling kerap didengar ialah bunyi hentakan (60 peratus), rengekan (56 peratus), jeritan (28 peratus) dan ‘lain-lain’ (23 peratus).

“Bagaimanapun, hanya 14 peratus daripada mereka pernah menegur jiran atau membuat bantahan kepada pihak pengurusan bangunan.

“Kajian ini menunjukkan bahawa jika anda tinggal di New York, anda tidak perlu risau dengan ‘suara kuat’ dari atas katil pada Hari Kekasih, kerana terlalu sedikit penduduk yang akan merungut,” kata pengasas BrickUndergrounds, Teri Karush Rogers.

Laman web itu juga menyatakan, bagi kebanyakan penduduk New York, mendengar suara jiran melakukan hubungan seks bukan perkara luar biasa, malah di kebanyakan kediaman yang dipisahkan hanya dengan dinding nipis, hubungan seks bukan perkara ‘tertutup’.

“Ia seperti bunyi enjin yang rosak. Anda terpaksa berhenti membuat kerja untuk mendengarnya walaupun bunyinya ‘teruk’,” kata warga New York, Melissa Buck, 29.

“Saya bersama seorang kawan sedang memasak pada jam 6.30 apabila terdengar ’suara’ jiran kami. Kami berhenti memasak untuk mendengarnya,” katanya. - Agensi

(Sumber Berita - Akhbar Berita harian 15 Feb 2010)

Tiada ulasan: