Ahad, 31 Mei 2009

KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN

Salam Aramai Tii... dan Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan 2009 kepada semua penduduk negeri Sabah khususnya kepada kaum KADAZANDUSUN dan MURUT.. Pesta menuai pada tahun ini sudah pastinya memberi banyak kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagi mereka yang berada di kampung mahupun sekitar kawasan yang menganjurkan pesta kaamatan ini terutamanya di KDCA maka mereka dapat merasakan betapa hangatnya sambutan yang diadakan. Tapi bagi mereka yang berada di perantauan, hanya sekadar menonton TV dan membanca berita berkaitan pesta kaamatan tersebut di suratkhabar sudah memadai..Terubat juga kerinduan di kampung.
Tapi jika pesta kaamatan ini hanya diraikan bagi dijadikan acara kebudayaan tahunan tanpa dipupuknya semangat cintakan bangsa, cintakan kebudayaan, dengan usaha mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar di rumah... mengekalkan tradisi dengan tarian serta alat-alat music tradisional maka sia-sia sahaja diadakan pesta menuai ini jika hari semakin hari anak-anak kita semakin lupa dengan bahasa ibunda sendiri. Jangan terkejut jika anak-anak muda kita sekarang ramai yang tidak pandai bercakap bahasa ibunda. Mereka memang faham bila ditanya dalam bahasa ibunda namun situasi seumpama ini amat membimbangkan. Oleh yang demikian saya percaya generasi akan datang tidak lagi mampu menyumbang serta menyambung riwayat bangsa serta mengekalkan kebudayaan sedia ada kepada generasi yang akan datang... Dalam hal ini siapakah yang patut dipersalahkan..? Siapakah yang berperanan untuk membentuk generasi bangsa KADAZANDUSUN dan MURUT pada masa akan datang bagi mengelak bangsa sendiri ditelan zaman..? Siapakah penerus kegemilangan bangsa KDM ini?.....

Tiada ulasan: