Rabu, 3 Jun 2009

A & BEE BAMBOO SOUND KARAOKE OPENING NOW AT KUALA LUMPUR



Pada 23 MEI 09, sebuah Pusat Hiburan Karaoke milik penduduk tempatan dari Sabah - A & BEE BAMBOO SOUND dibuka dengan penuh meriah dengan dihadiri ramai pengunjung dari Sabah dan Sarawak.

Apa yang menarik dengan Pusat Karaoke ini ialah ianya berkongsepkan lagu-lagu tempatan dari Sabah dan Sarawak.Lebih kurang 3000 lagu karaoke KADUS termasuk Murut dan Bajau yang boleh dipilih untuk dinyanyikan. Menurut pemilik Karaoke tersebut iaitu Mr. JOACHIM JOE GABAN yang juga salah seorang artis KADUS dan pemilik Studio rakaman D' SOUND WAVES MUSIC PRODUCTION yang beroperasi di Penampang berkata, Idea untuk membuka pusat karaoke ini dikongsi bersama oleh seorang lagi rakan kongsinya iaitu Mr. MARIUS KILOU. Mr. MARIUS KILOU merupakan ipar kepada Mr. JOACHIM yang bekerja di sebuah Jabatan Kerajaan di KUALA LUMPUR dan banyak mengetahui selok belok perniagaan di Kota Besar itu. Mr. JOE juga mengalu-alukan kehadiran daripada pengunjung dari Sabah dan Sarawak yang kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pekerja kilang, polis dan askar di KUALA LUMPUR. Selain daripada dapat berhibur serta menenangkan fikiran anda juga boleh mengenali lebih ramai kawan daripada SABAH dan SARAWAK dan mungkin juga dapat berjumpa dengan rakan sekampung yang bekerja di sekitar KUALA LUMPUR dan negeri yang berhampiran.

Lokasi dan alamat A & BEE BAMBO SOUND karaoke ialah di Fraser Busines Centre, 68 Grand floor, Jln Metro, Pudu Cheras, 55100 Wilayah Persekutuan, KUALA LUMPUR. Bagi mereka yang kurang mahir dengan selok belok jalan untuk datang ke alamat di atas bolehlah menghubungi Mr. JOACHIM (014-8528115/012-8269645), Mr. MARIUS KILOU (016-3708443) dan DJ pusat karaoke tersebut iaitu Mr. SPEDY GABIN (013-2603017).
Untuk Album.. Bergambar di hadapan A&BEE BAMBOO SOUND

MR. JOE sibuk di bahagian TeknialBersih.. Beginilah keadaan di dalam permis tersebut.
Berkongsepkan Bambu.. Bila berada di sini seakan-akan berada di sabah tengah aramai ti..
Lagu Karaoke Rugading Sound Vol.1 juga turut dimainkan pada malam itu
Test MIC.. Tidak lepaskan peluang untuk berkaraoke..

Tiada ulasan: