Ahad, 7 Jun 2009

AKTIVITI HUJUNG MINGGU


Hujung minggu merupakan hari yang dinanti-nantikan setiap insan yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta untuk merehatkan badan bersama keluarga. Kalau bukan bersantai di tepi pantai adalah juga tu pergi shopping ataupun bejalan bersama anak-anak pergi melawat tempat menarik seperti di air terjun, zoo atau tempat yang sewaktu dengannya. Bagi mereka yang jarang balik kampung, masa ini lah peluang untukpergi melawat keluarga pergi tengok-tengok ke kebun. maklumlah lama tidak ke ladang. Rumput pun sudah panjang.

Bagi saya hujung minggu bukanlah hari untuk berehat. ini lah hari-hari paling sibuk dan mencabar. Kalau bukan pergi memancing dengan kawan-kawan adalah juga undangan untuk ambik video orang kawin. Kira rezeki lah katakan. Pengalaman ambil video di tempat kawin orang melayu di Semenanjung ni memang banyak. Selain daripada masalah loghat bahasa dan agama, cabaran lainnya ialah faktor geografi dan lokasi tempat majlis itu berlangsung. Kalau kena di kawasan KUALA LUMPUR terpaksa garu kepala. silap hari bulan tidak sampai-sampai di tempat majlis tersebut. Tapi apa yang baiknya ialah majlis mereka tidaklah seperti majlis kawin di SABAH. Kalau di sini majlis bermula dalam jam 1000 pagi selesai dalam jam 3 petang. Tapi kalau di sabah majlis bermula dalam jam 0900 pagi selesai jam 1200 malam. sambung besok pun ada pula tu. Kadang-kadang samapi 3 hari pun ada. Selagi ada tu aramai ti bah....

Tempat Ambil Video pada kali ini adalah di majlis perkahwinan di Mambau, SEREMBAN yang diadakan pada 07 JUN 09. Pada 4 JUL 09 satu lagi majlis perkahwinan di Lukut, PORT DICKSON akan diadakan dan saya dijemput untuk menjadi juruvideo pada majlis tersebut. Rezeki kamera....


Tiada ulasan: