Khamis, 18 Jun 2009

GENERASI MUDA PENERUS KEPADA KEPIMPINAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG

Sedutan ucapan perasmian Oleh
En. EPINOL JUDE KASSUN -
Pengerusi JKKK Kg. Rugading Tanaki, TAMBUNAN.

TAMBUNAN : Generasi muda adalah disarankan agar sentiasa bersiap sedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk kecemerlangan generasi yang akan datang, demikian kata En. EPINOL JUDE KASSUN - Pengerusi JKKK Kg. Rugading ketika berucap merasmikan perayaan Pesta Kaamatan bertempat di Balai Raya Kg. Rugading pada 30 MEI 2009.

Tambah beliau lagi, inilah tujuan kita untuk memilih di kalangan muda mudi untuk menjadi penganjur dalam apa sahaja perayaan yang bakal diadakan bagi mendidik mereka supaya menjadi seorang pemimpin yang matang serta tahan lasak dalam menghadapi apa juga masalah mahupun rintangan yang bakal dihadapi kelak.

EN. EPINOL KASSUN - Pengerusi JKKK/
Pengerusi KDCA Kg. Rugading
En. SUPIN GIRANG - Ketua Kampung
Kg. RUADING TANAKI, TAMBUNAN

Dalam majlis tersebut itu juga, En. EPINOL KASSUN melahirkan rasa gembira serta mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang tidak berbelah bagi yang diberikan oleh penduduk kampung yang mana majlis ini telah berjaya diadakan dengan jayanya.

Dalam ucapan lain yang disampaikan oleh En.SUPIN GIRANG - Ketua Kampung Kg. Rugading, kepada generasi muda agar sentiasa mempelajari kebudayaan yang ada dalam bangsa kadazandusun itu sendiri.

Katanya lagi, sekiranya muda mudi tidak berminat serta tidak dididik oleh ibu bapa untuk mengenali budaya bangsa sendiri maka bangsa KDM akan hilang ditelan zaman.

En.RONNY BUBUGAN - Pengerusi Penganjur Perayaan

Beberapa aktiviti padang serta acara atas pentas turut diadakan dalam majlis tersebut. Diantaranya ialah Perlawanan Bola Sepak (berpakaian pakaian perempuan), acara lumba lari, Persembahan lakonan terbaik, karaoke, ratu fesyen, ratu pondan, unduk ngadau dan banyak lagi.

Perayaan kaamatan pada tahun ini, telah melantik En. RONNY BUBUGAN sebagai Pengerusi Penganjur dan ianya akan diteruskan oleh belia yang lain sebagai Pengerusi penganjur perayaan pada masa akan datang.

Tiada ulasan: