Rabu, 8 Julai 2009

CANDAT SOTONG DAN GIGI PALSU

Pada 26JUN 2009 saya bersama lebih kurang 20 orang rombongan daripada JIK Malaysia telah mengikuti "XPDC" mencandat sotong di TERENGGANU, negeri yang terkenal dengan galian "emas hitam" (petroleum).. Walaupun musim sotong di kawasan perairan negeri itu telah pun berlalu, namun kami masih bertekad untuk meneruskan rombongan tersebut.

Rombongan yang dikenali sebagai "XPDC Candat Sotong" ini bertolak daripada Seremban, NEGERI SEMBILAN lebih kurang jam 1500hrs dan sampai di TERENGGANU jam 2345hrs. Perjalanan ini mengambil masa selama 6 hingga 7 jam. Namun rombongan ini sampai hampir 10 jam disebabkan selalu berhenti di hentian (kawasan rehat R&R) untuk makan dan minum. Di sepanjang perlalanan daripada PAHANG menuju ke TERENGGANU tiada pemandangan yang menarik dapat dilihat disebabkan perjalanan waktu malam dan agak suram.

Setiba di Daerah KERTEH dalam Negeri TERENGGANU saya tertarik dengan kilauan lampu yang amat banyak menutupi setiap bangunan serta menara dilihat seakan-akan seperti bangunan emas. Saya juga terkejut dan tertarik apabila melihat satu kepulan bebola api yang besar meluap-luap mencapai awanan yang kelihatan cantik di sepanjang perjalanan melalui kawasan tersebut. Oleh kerana ini merupakan kali pertama saya menjejak kaki di Negeri ini maka saya tidak segan-segan bertanya kepada kawan saya yang duduk di sebelah. Beliau menyatakan lampu-lampu serta bebola api tersebut datangnya daripada daripada Kilang cari gali minyak Syarikat PETRONAS. Barulah saya ingat bahawa negeri ini termasuk dalam Geografi memiliki bahan mentah yang tidak nilai harganya. Sumber galian inilah yang menjadi penyumbang kepada ekonomi dan kemajuan kepada negeri tersebut.

Pada lebih kurang jam 0030 rombongan kami sampai di Kg. Sebarang Baro CHABANG dan menginap di CHABANG TIGA HOMESTAY. Rumah penginapan tersebut amat luas dan mempunyai 4 buah bilik serta ruang tamu yang besar. Rombongan yang berkeluarga telah menginap di Rumah PERKEP Jalan Kamaruddin KUALA TERENGGANU. Walaupun terdapat 4 buah bilik kosong yang mempunyai kemudahan aircond serta tilam yang empuk namun saya tidak sempat merasai semua itu apabila terkulai di sofa di luar tamu sehinggalah awal pagi disebabkan letih dan mengantuk teramat sangat.

Pada 27 JUN 2009 lebih kurang jam 0900hrs saya bersama rombongan telah keluar ke bandar untuk sarapan pagi. Semasa bersarapan pagi kawan saya berbisik kepada saya bahawa negeri ini selain daripada terkenal dengan makanan yang sedap-sedap negeri ini juga popular kerana ramai janda yang masih muda-muda. Gurauan itu membuatkan saya hampir-hampir tercekek dengan seketul ikan tongkol yang baru sahaja saya masukkan melalui kerongkongku.

Nasi Ikan Tongkol..Makanan popular di negeri ini.

Kueh yang tidak terdapat di negeri lain..lupa sudah saya nama kueh ni.. kueh ni sangat sedap.Batu Bersurat..Masjid Sultan Zainal Abidin- Seni bina yang amat mengagumkan. Sempat bejalan membeli-belah bersama kawan-kawan.

Terminal Bas di Kuala Terengganu

OPERASI MENCANDAT

Lebih kurang jam 1300 rombongan ini telah serang kedai TROPIKA AKAURIUM di Jln Dataran Shahbandar iaitu kedai menjual peralatan memancing. Dengan gaya serta cara tersendiri maka masing-masing tidak mengalah untuk menunjukkan kepakaran membeli peralatan mencandat sotong. Walaupun terdapat diantara rombongan yang tidak pernah turun laut tetapi buat-buat pandai sehingga tersalah beli mata pancing untuk mencandat sotong. Rupa-rupanya saiz dan jenis tali pada mata pancing dan tali amat penting mengikut kedalaman laut dan jenis ikan yang hendak dipancing.

Menjual Peralatan Pancing- Tempat inilah kami membeli peralatan mencandat sotong.

Sempat bergaya di hadapan kedai Tropika Akuarium

Tepat pukul 1400 rombongan telah pun bersedia untuk berlepas ke laut. Terdapat tiga buah bot yang disewa untuk membawa rombongan. Sebuah bot mampu menampung seramai 8-10 orang termasuk 2 orang Tekong yang bertindak sebagai pengemudi bot tersebut. Harga sewa pada sebuah bot adalah RM 600.00 sehingga RM700.00 itupun untuk satu malam sahaja.

Jeti IKIM di Marang TERENGGANU

Bersiap sedia menaiki bot..

PETUA MABUK LAUT

Sebelum sampai di Jeti Kompleks IKIM Marang, salah seorang daripada ahli rombongan ini telah memberi petua bagaimana untuk mengelakkan daripada mabuk laut. Beliau menyarankan agar sebelum naik bot seseorang itu perlulah mengigit tali sauh pada bot tersebut.Tindakan ini dipercayai dapat mengelak seseorang itu daripada mengalami mabuk laut

Sampai sahaja di Jeti maka masing-masing ingin mencari tali sauh yang dimaksudkan untuk digigit. Namun malang sekali tiada tali sauh yang terdapat di atas Jeti. Seorang kawan yang kelihatan agak gugup bertanya kepada salah seorang kawannya yang kebetulan berkongsi satu bot dengan saya. Mana tali sauh ? Mana tali sauh..? Maka kawannya menjawab.. "Ntah.. Tu ada kat dasar laut..." Kawan yang tadi bertanya lagi.. Jadi apa yang kita nak digigit..? Kawan yang tadi dengan selamba menjawab... "Gigitlah apa yang ada... Hah tu tiang jeti pun boleh gigit...." jawapan yang mencuit hati itu telah membuat semua yang berada di atas jeti tersebut ketawa terbahak-bahak..

MENCABAR

Semua sudah pun bersedia untuk berlepas ke tengah-tengah laut. Bot yang saya naiki mula bergerak laju seakan-akan berlumba dengan bot yang dinaiki oleh rombongan yang lain.Walaupun ramai yang kelihatan agak gementar namun rasa takut itu cuba diselindungi dengan perasaan ego dalam diri sendiri apabila masing-masing mempertahankan yang kononnya tidak akan mengalami mabuk laut. Walaupun perjalanan amat mencabar dengan angin dan gelora ombak yang agak kuat namun tidak menghalang kepada rombongan untuk merakamkan gambar kenangan di sepanjang perjalanan tersebut. Saya juga amat risau dengan kamera NIKON SLR yang saya gunakan. Keadaan angin serta air laut yang masin pasti akan merosakkan sistem luar dan dalaman kamera tersebut.

Bot yang digunakan oleh rombongan untuk mencandat...

Suasana pada waktu petang..
Matahari terbenam menghasilkan pemandangan yang cantik..


SELAMAT TINGGAL GIGI PALSU
Rombongan sudah pun berada di tengah-tengah laut. Pantai tidak lagi kelihatan. Bot juga sudah pun melabuhkan sauhnya. Gelora dan ombak yang agak kuat membuatkan bot terumbang ambing ke kiri dan ke kanan. Kadang-kadang serpihan air ombak masuk ke dalam bot yang mengakibatkan beg kamera saya basah.

Saya lihat salah seorang kawan saya mula kelihatan pucat dan kaku tidak mampu bercakap dan bergerak sedang duduk di hujung tepi bot. Tekong menyatakan lokasi rombongan mencandat sotong adalah lebih kurang sejauh kurang 5 atau 7 Kilometer daripada pantai Manakala kedalaman lautnya pula lebih kurang 200 meter dari paras laut.

Kelihatan bot yang berlabuh tidak jauh daripada lokasi kumpulan kami mencandat kelihatan beberapa orang yang terdiri daripada kaum wanita mula muntahkan cecair putih ke laut. Satu-persatu tumbang...

Lebih kurang jam 2000hrs, keadaan sekeliling gelap dan hitam... hembusan badai yang kuat dan bertalu-talu menyebabkan gelora laut mengoncang-goncangkan bot yang kami naiki.Saya lihat 3 orang daripada kawan saya yang lain telah pun tersandar di dinding bot tersebut dan tidak lagi mampu meneruskan cabaran mencandat sotong. Syukur kepada Tuhan, saya masih bertahan dan tidak sedikitpun mengalami rasa mual atau muntah.

TERTEWAS.. Salah seorang peserta yang gagal meneruskan cabaran mencandat..

Di sudut bot saya lihat salah seorang kawan saya yang tadi sedang tidur menyandar dinding bot tiba-tiba berdiri dan menghadap ke laut lalu muntah. Dalam masa yang sama tangannya terkapai-kapai ke arah air laut seperti mencari sesuatu ke arah muntahnya. Saya menjerit untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.."Kenapa?"
Dengan muka pucat kawan tersebut menjawab.." Gigi Palsu..." katanya..
"Kenapa dengan Gigi Palsu.." Saya minta penjelasan...
Jawabnya " Jatuh ke laut..."
Saya semacam tidak percaya yang dia memakai gigi palsu sebelum ini..." Gigi Palsu siapa?.." saya bertanya lagi....
"Gigi Palsu sayalah... " Jawabnya sambil menunjukkan bahagian atas giginya yang hilang. Saya tidak dapat menahan gelak ketawa. Saya asyik tergelak tidak henti-henti pada malam itu.Sepanjang malam itu juga saya memancing seorang diri sehinggalah keesokan paginya kerana yang lain telah pun tersungur kerana mabuk laut.

BALIK KE PENGKALAN

Pada jam 0600 pagi, enjin bot telah pun dihidupkan oleh Tekong. Kawan-kawan saya yang lain juga telah pun bangun disebabkan bunyi bising. Ini bermakna masa untuk balik ke pangkalan (jeti) telah pun tiba. Saya cepat-cepat mengemaskan peralatan pancing saya dan memasukkan ke dalam beg.

Dalam perjalanan balik ke jeti suasana di dalam bot tidak henti-henti dengan gelak ketawa daripada kawan-kawan yang lain. Apa tidaknya kawan-kawan yang lain asyik mengusik seorang lagi kawan yang kehilangan gigi palsu. Kata mereka 'bukan awak yang mencandat sotong, tetapi sotong yang telah mencandat gigi palsu awak...'

Sebelum sampai di jeti, kawan saya yang kehilangan gigi palsu meluahkan perasaan kepada saya. Katanya, ' bagaimana saya nak berhadapan dengan kawan-kawan yang lain.. Tentu saya akan menjadi bahan ketawa bila sampai di pejabat nanti...

Saya cuma mampu bersimpati kepadanya. Sudah tentu inilah pengalaman yang amat pahit dan menyeronokkan kepadanya sepanjang expedisi ini. Pengalaman ini tidak akan mudah untuk dilupakannya.

Jam 0830hrs rombongan kami telah pun selamat melabuh di Jeti IKIM, Marang. Dua buah bot yang membawa kawan-kawan saya yang lain juga telah pun sampai di jeti tersebut.

Cantik.. Pemandangan pada waktu pagi yang boleh dilihat dari jeti.

Mempersonakan...sebahagian pemandangan waktu pagi yang sempat saya rakam...

Lebih kurang jam 1000 pagi rombongan telah pun sampai dan berehat di tempat penginapan untuk mandi dan merehatkan badan sebelum bertolak balik ke SEREMBAN pada pukul 1300hrs. Sementara itu, saya bersama dengan seorang lagi kawan telah keluar secara senyap-senyap telah pergi ke Stadium Sultan MIZAN ABIDIN yang runtuh baru-baru ini.

Pada pukul 1330hrs rombongan telah balik ke Seremban, NEGERI SEMBILAN dan telah selamat sampai di SEREMBAN lebih kurang jam 2300hrs.

Tiada ulasan: