Saya tidak menyangka, kedatangan saya ke Negeri TERENGGANU baru-baru ini telah memberi peluang kepada saya berdiri dan menyaksikan sendiri keadaan Stadium Sultan MIZAN ZAINAL ABIDIN yang telah runtuh sebulan lepas.
Beginilah keadaan bumbung di bahagian Timur Stadium Sultan MIZAN ZAINAL ABIDIN, (Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak), KUALA TERENGGANU yang runtuh pada 02 JUN 09. Stadium yang pernah menjadi venue utama Sukan MALAYSIA (SUKMA) pada tahun 2008 ini dikatakan telah menelan kos pembinaan bernilai lebih RM292 juta. Akibat daripada runtuhan tersebut telah menyebabkan sebuah kereta jenis kancil dan 4 buah motosikal telah tertimbus. Saya juga terfikir, nasib baik runtuhan tersebut tidak berlaku ketika perlawanan bola sepak berlangsung, ini kerana stadium tersebut boleh memuatkan lebih kurang 80,000 penonton dan dengan insiden seumpama ini boleh menelan ribuan nyawa manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan