Isnin, 26 Oktober 2009

DAULAT TUANKU

ISTIADAT DIRAJA.. Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak sejauh kira-kira 500 meter dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada, sambil disusuli lapan das tembakan meriam.
Perarakan Takhta Rencana... ditarik Pegawai 99 itu didahului kumpulan Rebana, diikuti pembawa alat kebesaran diraja, pembawa Cepu Bedak Limau.

KUALA PILAH 26 OKT 09/1000HRS-1230HRS. - Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 61, hari ini ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 dalam majlis penuh adat istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat pertabalan itu disempurnakan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Petra Datuk Mubarak Dohak selaku Imam Undang Yang Empat.
Istiadat yang berlangsung selama sejam bermula pada pukul 11 pagi bermula dengan Datuk Bentara Dalam, Aminuddin Abd. Rahman menyeru supaya Mubarak tampil menghadap dan melafazkan pertabalan Tuanku Muhriz yang telah sedia duduk di atas singgahsana dalam Balairong Seri bersama Tuanku Aishah Rohani.

Mubarak kemudiannya tampil dan menyeru kepada Datuk Bentara Kanan, Ibrahim Ujang:
''Adapun pada hari ini kami menabalkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan serukanlah sabda kami kepada sekalian rakyat menghadap dan menjunjung Duli.'

Sebaik lafaz berkenaan diseru, maka Ibrahim menyambut dengan menyembahkan seruan kesetiaan terhadap pertabalan Tuanku Muhriz.

''Hai, tuan-tuan sekalian, adalah Undang Yang Empat dengan adat istiadatnya menabalkan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan," ujar Datuk Bentara Kanan.
Selepas istiadat itu berlangsung, Datuk Seri Amar Diraja, Ahmad Minal dan Datuk Pegawai Yang Enam bangun untuk menurunkan daulat yang kemudiannya Datuk Bentara Kanan menyeru 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali.

Sejurus kemudian, lagu kebesaran Negeri Sembilan diperdengarkan beserta tembakan meriam 32 das daripada 41 Bateri Istiadat, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Adat istiadat itu diteruskan dengan Istiadat Menghadap Menjunjung Duli oleh Undang Yang Empat diikuti oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung.
Kemudian diikuti istiadat menghadap oleh Datuk-Datuk Lembaga Luak dan Lembaga Waris Undang Sungai Ujong

Berangkat sama pada majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani. Turut hadir tiga lagi Undang iaitu Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Hadir sama Putera Yang Empat - Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz; Tunku Laxamana, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Turut berangkat pada majlis itu ialah wakil Raja-Raja Melayu termasuk wakil Sultan Brunei dan Yang Dipertua Negeri serta isteri masing-masing.

Tetamu kenamaan lain ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, menteri-menteri Kabinet, anggota Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948 dan merupakan satu-satunya putera daripada enam beradik kepada pasangan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah Tunku Besar Burhanuddin.

HULUBALANG DIRAJA...
APA KATA RSE Blog'S
(Di sebalik cerita Songkok sebelum hari pertabalan YDPNS)
Sehari sebelum pertabalan YDPNS, saya telah ke Plaza Ampangan, SEREMBAN untuk mencari/membeli sebuah songkok untuk dipakai semasa hari jadi pertabalan YDPNS pada 25 dan 26 OKT. Maklumlah saya non-muslim dan agak janggal untuk membeli songkok tersebut. Oleh kerana pakaian rasmi semasa di istana kena bersongkok maka saya pun memberanikan diri untuk membeli sendiri songkok tersebut. setiba saya di kedai songkok, saya bertanya kepada Pak cik yang menjual songkok:-
RayRG : Songkok ni harganya berapa pak cik ?
Pak cik : Harganya RM28 nak... Nak yang mana satu.. banyak jenis tu...?
(alamak mahal la pulak.. hari tu kawan saya cakap RM15 ja... biar betul pak cik nii....)
RayRG : Tiada yang murah lagi kah pak cik.. mahal sangat nii...
Pak cik : ini kainnya baldu.. ini sudah murah niii...
(aikk.. lain macam ja loghat pak cik niii.. mcm orang sabah ja..)
RayRG : Pak cik ni orang sabah kah ?
Pak cik : Ya.. Pak cik orang Tawau.. sudah lama di sini... kami anak beranak semua tingal di sini..
RayRG : Owh... Saya pun orang sabah.. dari Tambunan.. ( saya pun mempromosikan diri....)
Pak cik : Sudah lama tinggal di sini?
RayRG : Hampir 7 tahun.... (oleh kerana saya nak cepat ke Kuala Pilah, tanpa membuang masa saya hulurkan RM30 kepada pakcik tu..)
Pak cik : Nama anak siapa?
RayRG : Abdul Rahman... (alamak banyak tanyalah pula pak cik nii... sebutlah nama siapa-siapa..lantak lah..yang penting dapat beli songkok)
Pak cik : Ni songkok pakcik bagi RM16 ja.. (aikk.. terkejut beruk saya seketika... mungkin sebab dia tau saya orang sabah tu yang dia bagi murah beganda tu....syukur...)
ketika saya nak balik dan bersalaman dengan pakcik tu...
Pak cik : Asalamualaikum......
RayRG : Walaikumsalam Pak cik... (sambil tunduk kepala)...(saya berlalu meninggalkan pakcik tu dengan muka merah padam... oleh kerana saya baru sahaja beli songkok takkan tidak jawab salam daripada pakcik tu kann.....????) hehehe

2 ulasan:

Bossing berkata...

wakakaka... walaikumsalam kio.. hehe

Bossing berkata...

wakakaka.. walaikumsalam kio.. haha